Rabu, 14 September 2016

ADAM : MASALAH SEKS ORANG TUA


Jangan malu biar pun dah tua 

Apabila kita memperkatakan bab hubungan kelamin atau seks pasti yang tidak senang dan berapa suka. Lebih-lebih lagi kita memperkatakan mengenai seks di usia emas, di mana si lelaki dah menjangkau usia emas manakala perempuannya sudah monopous. Pasti yang beranggapan gatal dan sebagainya. 

 Hubungan seks adalah fitrah kemanusiaan. Hubungan kelamin atau seks bukan perkara kotor yang memalukan kecuali dilakukan secara tidak halal. Bagi yang berkahwin atau pernah berkahwin seks adalah perkara normal yang dijalani oleh setiap pasangan.

Kita jangan jadi manusia hipokrit kerana kemahuan seks adalah fitrah semulajadi manusia. Malah seks boleh disifatkan sebagai terapi manusia. Apabila kehendak dan kemahuan seksnya telah dilunasi dia akan merasa ringan badan, bahagia  dan bersemangat menjalani rutin kehidupan.

Ibnu Taimiyah berpendapat,  “Wajib bagi suami berhubungan seks dengan isterinya sesuai kemampuannya selama tidak mengganggu fisik dan tidak melalaikan dari kewajiban mencari nafkah. Jika ini tidak dipenuhi, maka seorang hakim yang adil  boleh  memaksanya sebagaimana dalam hal nafkah atau sebagaimana dalam hubungan seks yang berlebihan.” (Al Ikhtiyarot Al Fiqhiyyah, hal. 246).

Harus diingat bagi mengcapai kebahagiaan sejati dalam rumah tangga tentu saja tidak cukup dengan menikahi. Ada banyak hal yang perlu diamalkan secara seksama oleh pasangan suami isteri agar meraih ketenteraman (sakinah), cinta (mawaddah) dan kasih sayang (rahmah), baik lahir maupun batin. Salah satunya  yang paling penting adalah persoalan hubungan intim atau dalam bahasa fiqih disebut jima’.

Salahsatu  tujuan bernikah adalah untuk  menghalalkan hubungan seks   dan termasuk salah satu ibadah yang sangat dianjurkan agama dan mengandung nilai pahala yang sangat besar. Karena jima’ dalam ikatan nikah adalah jalan halal yang disediakan Allah untuk melampiaskan hasrat biologis insani dan menyambung keturunan bani Adam.

Jadi amat malang sekali apabila golongan perempuan telah memasuki alam monopous dan pasangannya  telah berada di ambang usia emas maka perhatian golongan wanita yang bersuami terhadap hubungan seks amat jauh berkurangan malah ada yang langsung tidak mahu melakukannya. Mereka sibuk melayan anak cucu dan menantu tanpa mempedulikan pasangannya.

Bagi orang lelaki walaupun dia sudah diambang usia emas atau telah melewatinya selagi kesihatannya baik dia tetap memerlukannya. Setidak-tidaknya seminggu sekali atau paling kurang dalam 10 hari sekali. Namun tindakan pasangannya yang tidak memandang hubungan seks diusia tua ini menyebabkan golongan lelaki yang kurang iman yang tidak dapat menahan diri dan berlaku curang.

Blogger sendiri pernah melihat keadaan itu semasa muda ketika aktif dalam persatuan penulis di mana kami mengadakan lawatan ke selatan Thailand di bahagian Betong. Ketika dalam perjalanan dan semasa berada di Bandar Betong Blogger menemui terlalu ramai golongan lelaki tua di sana.

“Apa nak jadi dengan mereka ni. Kalau muda macam aku lain lah datang betong mencari keseronokan dan kenikmatan seks.”  Kata hati kecil Blogger.

Namun kini apabila Blogger telah mencapai angka ini barulah Blogger sedar kenapa orang tua-tua banyak ada di sana. Ketika mereka perlukan hubungan intim secara sah tetapi si isteri tidak begitu memperdulikannya.

Kita dapat lihat didada-dada akhbar perbuatan sumbang yang dilakukan oleh golongan yang tidak sepatutnya. Diusia ini juga lazimnya ramai yang berkahwin  secara diam-diam  lain tanpa memberitahu kepada isterinya. 

Sewajarnya pihak isteri meneruskan hubungan seks seperti biasa. Hakikatnya hubungan seks akan mengiratkan lagi perhubungan antara suami dan isteri. Dan sekiranya benar-benar sudah tidak mampu dan berminat izinkan saja suami kahwin lain dengan jujur dan ikhlas.


Berapa ramai isteri yang sanggup di madu? Mungkin hampir tidak ada namun blogger yakin dalam seribu dua pasti ada seorang dua. Mereka ini adalah wanita solehan yang teramat baik dan sayangkan suaminya bagi mengelakan suaminya berlaku curang dan berdosa. Bertuahlah suami itu dan sekiranya berkahwin jangan abaikan sama sekali isteri itu.


ANDA INGIN MENIKMATI REMPAH GRIL ALKANZ
CUKUP SEDAP RASA LAIN DARI YANG LAIN
HUBUNGI NO TERTERA DAN INGIN TAHU LEBIH 
MENDALAM KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG


IKLAN JIMAT TEPATI SASARAN HANYA DI UTARA BIZ
HUBUNGAN NO. YANG TERTERA ATAU KLIK IMAGE
UNTUK MELIHAT BLOG INI.


NAK TULIS SKRIP DAPATKAN E-BOOK INI
ANDA DAPAT LIHAT PROSESNYA DAN 
SETERUSNYA DI BIMBING
KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG

PROMOSI PERNIAGAAN ANDA DI SINI. MURAH


TABUNG BLOG DAN ADAM






Tiada ulasan:

Catat Ulasan